Friday 13 January 2012

Entri 18sx.

Malaysia bakal menjadi pengeluar kondom utama di dunia.
Tak percaya? Baca SINI 

Gua dah baca tadi, dan macam yang gua jangkakan, akan ada komen-komen yang tidak berpuas hati dengan keadaan tu. Ramai yang tak suka. Gua nie bukanlah nak ulas dari segi agama ke apa ke. Sebab macam yang gua pernah kata dulu, gua nie kalau bab-bab agama nie memang tak berapa nak hebat sangat. Maka gua lebih suka berbicara mengikut logik pemikiran manusia.

Kepada mereka yang suka sangat berzina tu. Buat seks sebelum bernikah. Gua tau, mungkin lu orang hanya mencari kepuasan dalam kehidupan. Ok ok itu lu orang punya life. Lagipun, kubur asing-asing ye dak? Gua cuma nak bagitau kat lu orang yang suka berzina nie, berita tentang Malaysia bakal menjadi pengeluar utama kondom di dunia nie, gua rasa ini berita baik untuk lu orang semua.

Sebab, dengan adanya kondom nie, maka gua cadangkan bila lu orang nak buat seks, yang lelaki tu sila lah pakai kondom dulu. Bukan apa, kalau lu orang tak pakai, sperma akan masuk ke dalam dan berenang dengan bebas. Hal ini besar kemungkinan akan menyebabkan si perempuan akan mengandung. Maka akan terjadilah kes-kes pembuangan bayi, kelar bayi, bunuh diri sebab si lelaki taknak bertanggungjawab, dan macam-macam lagi kes yang wujud disebabkan perangai lu orang nie.

Dengan adanya pemakaian kondom, maka peratus untuk si perempuan mengandung adalah sedikit. Tapi, buat lah macam mana pun, kalau Tuhan kata jadi, maka jadi lah, kan? Tapi bila pakai kondom, sekurang-kurangnya lu orang dah berusaha. Kalau mengandung juga, tak boleh nak buat apa lah kan.

Lu orang nie kalau nak berzina pun, gunalah otak. Apa ke bangang sangat sampai benda senang macam nie pun gua nak kena ajar? Buat dosa sebab berzina aje sudah lah. Nak buat apa ditambah lagi dosa lu orang dengan membunuh bayi yang tak bersalah? Jangan nak tamak dosa sangat lah. Sedap tu memang lah sedap, tapi gunalah otak sikit. Kepuasan yang abadi, datang dari insan yang berkualiti. Renung-renungkan dan selamat menikmati kepuasan duniawi.

6 comments:

seha jakon said...

kondom wane biru tu plg comel youuu.
hahah.mcm mengalakkan maksiat lagi pun ada youu.huhu..pandai buat pandai tanggung la youuu

Roy said...

gua pun rasa macam tu jugak.. haha
ah takpe lah..
org yg buat zina kan bngang, maka mereka takkan faham entri gua..

apa gua mrepek nie
ah sudah lah gua nak pegi mkan burger nie kehkehkeh

nots said...

Jangan nak tamak dosa sangat lah. suka ah ayat lu ni brader . HAHA

Selamat menikmati kepuasan duniawi serta keazaban ukhrawi ye .

Btw , boleh tak aku nak cakap ni first time aku tahu rupa kondom tuh acanee . Macam puting botol susu jee duh .-.-

Ee comel . kahkah , wane wani gituh .

*eh terpanjang pulak . hewhew

Roy said...

gua pun suka kat lu...
ehh? hahahaha


errr gua rasa rupa menatang tu lain kot..

alaaa lu cari lah kat google, takkan bnda snang macam tu pun gua nak kena ajar? ha kan dh marah nie.. haha

MUZAK said...

follow gua balik jom . ngeh3

Maria Ozawa said...

Gua kalau pergi guardian, wajib usha area-area kondom. HAHA.
Shit, jgn ingat gua jantan pula.
Sekadar pengetahuan am kan? Hihi :)