Tuesday 13 March 2012

Ruang & Wang

antara ruang dan wang,
yang mana lebih bernilai?

tanpa wang, kau masih boleh bernafas. tanpa wang, kau masih boleh ketawa riang. tanpa wang, kau masih boleh berlari bebas tanpa halangan.

tanpa ruang, kau sukar untuk bernafas. tanpa ruang, kau sukar untuk ketawa riang. tanpa ruang, kau tak boleh berlari bebas.

dalam satu-satu masa, kau akan sedar, diri kau sudah tak punya wang. kau mengeluh. namun di sebalik keluhan itu, kau tahu. kau tahu, wang itu boleh dicari. terpulang pada usaha kau.

dalam satu-satu masa, kau akan sedar, diri kau sudah tak punya ruang. makin lama makin sempit. terhimpit. tersepit. kau menjerit. di sebalik jeritan itu, kau tahu. kau tahu dan kau sedar, ruang yang dulunya luas, tak mungkin akan kembali luas. akan terus mengecil sehingga habis.

akhirnya kau akan tahu,
bahawa,
antara ruang dan wang,
ruang lebih bernilai.

hidup kau di dunia ini adalah seperti satu ruang masa.
semakin lama semakin sempit.
jangan siakan hidup kau.

Sunday 11 March 2012

kau tahu apa itu keamanan?

kau tak puas hati dengan mereka,
kau kata mereka tak layak jadi ketua,
mereka tak layak jadi kepala,
mereka dengan kau tak satu kepala.

kau jalankan pemberontakan,
kau jalan perlahan-lahan sambil angkat tangan,
melaung-laung kalimah kebenaran dan keadilan,
kau kata kau cuma mahukan keamanan.

keamanan?
antara duduk di rumah dan berteriak di tepian jalan,
yang mana satu yang sesuai dengan 'keamanan'?
kau fikirkan.

ini pendapat aku,
pendapat kita tak semestinya sebulu,
kau dengan pemberontakanmu,
aku dengan rumahku.


Sunday 4 March 2012

semuanya atas pilihan kau.

aku umpama pendrive, kau umpama usb port.
ada banyak lagi pendrive yang lain,
dan ada banyak lagi usb port yang lain,
tapi kita ada bezanya,
kau kekal melekat di komputer dan laptop,
tapi aku boleh pergi ke mana sahaja,
aku boleh masuk dalam mana-mana usb port yang aku suka,
dan bila aku dah dapat apa yang aku nak,
aku blah.

kalau nasib kau malang,
kau akan bertemu dengan pendrive yang kacak, tapi banyak virus.
kalau nasib kau baik,
kau akan bertemu dengan pendrive yang buruk, tapi bersih tanpa virus.

kau pilih lah yang mana yang kau mahu.
semuanya terserah atas pilihan kau.