Monday 30 January 2012

bila hutan sendiri tak terjaga.

"ini tidak adil tidak adil baginya.ini tidak adil tidak adil bagiku.ini tidak adil.."

yuhuuu..seha gojes kembali lagi.hewhew.okayy,semua pon sebok cerita pasal AJL semalam.foinee.ai tak kesah siapa menang pon,janji you all semua support artis Malaysia okayy.dah kata semangat satu Malaysia. hewhew.apa yang ai nak gosipkan hari ni adalah mengenai ketidak-adilan dalam hati budi oleh segelintir manusia yang tak tahu malu ni.eww eww

ceritanya,ai ni jenis yang pantang sangat kalau orang tu guna barang ai.lagi lagi kalau orang tu tak sebulu dengan ai kann.apakes kau nak sentuh barang aku?tak gitu?dah dijadikan,si polan bebal ni menggunakan.da la tanpa izin,biarkan berzaman lama nya sampai kulat tumbuh,bau semerbak,jijik youuu.betina macam ni memang tak bole dibuat bini.kurang di ajar satu hal,pengotor satu hal.hutan selebat mana,tu tak kire lagi kann.hewhew.dan,ai ni jenis yang memang sound the direct you.yelah,ai tak shukew nak pendam pendam. buat jiwa terbakar.

"barang aku.duit aku.hak aku.pantang aku kalau di sentuh musuh.

mak bapak tak ajar ke atau tak makan ajar"

hamekkaw.ala ala gitu ai sound.yelah,benda sekali dua terjadi boleh juga diam lagi.tapi kalau dah selalu? ingat kuli hape.padan muka dia.baru tahu sape si seha jakon.since that day juga la dia macam buat page anti-seha.hewhew.you all pun kalau tak puas hati dengan teman teman yg sifat sedemikian,kasi hentam jew okayyy.jgn pendam pendam tau.okayy baby?

Tuesday 24 January 2012

satu malaysia! (lah sangat)

Satu...? Malaysia!  Satu...? Malaysia! Satu...? Malaysia! Ohoii jangan ingat abang nak berpolitik pulak dalam blog nie. Abang nie bukan apa, seronok pulak tengok kat dalam tv tu, PM kita, buat macam tu. kihkihkih. Rasa macam bersemangat pulak ko bila tengok macam tu.

Bila sebut pasal Satu Malaysia nie, abang rasa engkau orang semua mesti tahu yang Satu Malaysia tu macam ala-ala perpaduan sesama rakyat Malaysia gituu. Abang nie bukanlah tak bersetuju ke apa ke, cuma kadang-kadang tu abang rasa macam tak seronok pulak bilamana slogan Satu Malaysia tu selalu dilaung laungkan sedangkan abang tak nampak di mana ke'satumalaysia'annya tu. Ha kau kan dah berbelit belit lidah nak menyebutnya.

Abang nampak Satu Malaysia tu memang dah lama wujud dalam jiwa rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa. Abang sebenarnya seronok bila tengok orang-orang dewasa berbilang kaum duduk melepak sama-sama. Berbual sama-sama. Dan semuanya sama-sama lah. Tapi mandi tak sama lah. Engkau biar betul nak mandi sama-sama. Kot iye pun nak perpaduan sangat, tak perlulah sampai nak mandi bogel beramai-ramai lagi berbilang kaum. Itu bangang namanya. Kang perpaduan engkau tak dapat, penampor jugak yang engkau dapat. Ingat pesan abang.

Tapi abang agak kecewa bila tengok ada sesetengah budak-budak sekolah yang masih tak mengamalkan konsep perpaduan. Eh engkau jangan nak cakap abang nie main sebut aje pulak. Abang ada bukti tahu? Dekat depan rumah abang nie, ada sekolah. Boleh dikatakan selalu jugaklah abang tengok budak-budak sekolah nie bergaduh. Melayu dengan india. Apa diorang nie tak faham ke maksud perpaduan, keharmonian, kesopanan dan kesusilaan?

Abang bukan lah apa. Diorang nak gaduh tu diorang punya pasal lah. Yang abang tak puas hati sekarang nie, diorang tu bergaduh menjerit-jerit macam perempuan. Memekak engkau tahu tak? Abang nak tidur pun susah. Waktu tengahari jugaklah diorang nak gaduh kan. Apa tak boleh tunggu petang sikit ke. cehh. Sudah lah, abang nak sambung tidur nie.

Saturday 21 January 2012

no budget.no licking.

yuhuuu..sorry youu sebab lama tak hapdate.well,we all semua busy dengan dunia masing masing. baguslah busy kerja dari busy body kann.yuhuu.oh!pelis.ai sebenarnya menyampah plus meluat dengan beberapa golongan yang kaki budget nih.tak kesah lah you nak budget dekat hotel ke dekat class ke budget dalam blog ke,asalkan niat budget tu untuk jadi attention seeker,pfttt.tak kewl okay baby?setakat menaip dalam blog boleh lah tunjuk sembang kan?kalau face to face you berani nak debat tak?non hado babyyy.hewhew.dan kalau you mem back-up seseorang itu atas dasar untuk tompang fofulariti dia atau merasakan diri dia hot untuk di tompang,eww eww.buang masa okay baby?lagi lagi kalau you tak tahu hujung pangkal cerita,tapi menyampuk.itu cari nahas nama nya.no no no baby.semua pon tak shukeww.

okayy.a big thanks for those yang dah follow blog ini.mengomen dan menjoin kan diri untuk bergedik bersama.you all very supportive tau.i loikee.ai harap blog ini akan terus maju dan terus dapat tempat di hati you all.blog beriban followers kalau tak rajin menjenguk lain,tak guna juga kan.lagi satu yang jenis tibe tiba hantar massage dekat facebook suruh LIKE itu ini padahal before ni tak pernah bertegur sapa.lagi meluat youuu.huhu.sentap nyah!hewhew.okayyy. no gado gado.okay baby?say cheese.

Sunday 15 January 2012

Cinta itu buta.

Kata orang, cinta itu buta. Gua percaya. Ok gua bagi contoh. Contoh yang pertama, buta dari segi umur. Ada seorang member gua nie, umur dia sebaya dengan gua. Tapi awek dia tua 3 tahun dari kami. Kiranya dia bercinta dengan orang yang lebih tua lah nie. Pada mulanya gua rasa macam kelakar pun ada. Macam mana lah awek dia tu boleh berminat dengan lelaki yang muda. Tapi lama-lama gua percaya, cinta itu buta. Umur hanya sekadar umur. Apa yang penting, hati. Apa-apa pun, gua doakan semoga member gua dengan awek dia tu berkekalan hingga ke akhir hayat.

Contoh yang kedua, buta dari segi jantina. Ya, jantina. Perlu ke gua bagi contoh tentang percintaan yang buta dari segi jantina nie? Aiseh lu orang nie, lu orang google aje lah. Search aje perkataan gay & lesbian, maka lu orang akan faham apa yang gua maksudkan dengan buta jantina nie. Gua harap gua dijauhkan dari percintaan yang macam gini. Tak sanggup gua nak biarkan kesucian gua diragut oleh kaum sejenis. Pedih rasanya. kahkahkah.

Gua ingat nak jadikan percintaan buta paras rupa sebagai contoh yang ketiga. Tapi, bila difikirkan balik, percintaan jenis gini masih belum mencapai tahap untuk dijadikan contoh. Gua taktaulah dari pandangan lu orang. Tapi dari pandangan gua, masih ada mereka di luar sana yang berfikiran kolot. Kononnya cantik sama cantik, buruk sama buruk. Yang si lelaki, kalau nak cari awek, nak cari yang cun dan hot. Body montok itu satu bonus. Si perempuan pula, nak lelaki yang hensem aje. Setakat yang tak hensem macam gua nie, ditolak ke tepi. Damn!


kucing : awak, kite nie kucing lah. mana boleh kapel dengan anjing macam awak.
anjingalaa awak nie, cinta itu buta lah awak..
kucing : tapi awak kaler hitam, tak sesuai dengan saya yang putih gebu nie.
anjing : walaupun saya tak hensem dan hitam, tapi saya kuat tau. hikhik
kucing : kuat yang macam mana tu awak?
anjing : ada lah.... hehehe



Gua tak reti nak ulas panjang-panjang tentang cinta paras rupa nie. Apa yang boleh gua cakap, kepada lu orang yang masih berfikiran di mana cantik pasangannya harus cantik dan buruk pasangannya harus buruk nie, tolonglah ubah gaya pemikiran lu orang. Muka cantik, tak semestinya hati pun cantik. Percayalah, paras rupa tak penting. Apa yang penting, kejujuran dan keikhlasan dalam sesuatu perhubungan. Lu orang nak cari yang cun, kacak, nanti bila dah tua, akan jadi kedut juga. Banyak dah contoh yang menunjukkan bahawa kecantikan itu bukanlah jaminan untuk kebahagiaan yang berpanjangan.

dan akhir kata untuk lu orang..


Friday 13 January 2012

Entri 18sx.

Malaysia bakal menjadi pengeluar kondom utama di dunia.
Tak percaya? Baca SINI 

Gua dah baca tadi, dan macam yang gua jangkakan, akan ada komen-komen yang tidak berpuas hati dengan keadaan tu. Ramai yang tak suka. Gua nie bukanlah nak ulas dari segi agama ke apa ke. Sebab macam yang gua pernah kata dulu, gua nie kalau bab-bab agama nie memang tak berapa nak hebat sangat. Maka gua lebih suka berbicara mengikut logik pemikiran manusia.

Kepada mereka yang suka sangat berzina tu. Buat seks sebelum bernikah. Gua tau, mungkin lu orang hanya mencari kepuasan dalam kehidupan. Ok ok itu lu orang punya life. Lagipun, kubur asing-asing ye dak? Gua cuma nak bagitau kat lu orang yang suka berzina nie, berita tentang Malaysia bakal menjadi pengeluar utama kondom di dunia nie, gua rasa ini berita baik untuk lu orang semua.

Sebab, dengan adanya kondom nie, maka gua cadangkan bila lu orang nak buat seks, yang lelaki tu sila lah pakai kondom dulu. Bukan apa, kalau lu orang tak pakai, sperma akan masuk ke dalam dan berenang dengan bebas. Hal ini besar kemungkinan akan menyebabkan si perempuan akan mengandung. Maka akan terjadilah kes-kes pembuangan bayi, kelar bayi, bunuh diri sebab si lelaki taknak bertanggungjawab, dan macam-macam lagi kes yang wujud disebabkan perangai lu orang nie.

Dengan adanya pemakaian kondom, maka peratus untuk si perempuan mengandung adalah sedikit. Tapi, buat lah macam mana pun, kalau Tuhan kata jadi, maka jadi lah, kan? Tapi bila pakai kondom, sekurang-kurangnya lu orang dah berusaha. Kalau mengandung juga, tak boleh nak buat apa lah kan.

Lu orang nie kalau nak berzina pun, gunalah otak. Apa ke bangang sangat sampai benda senang macam nie pun gua nak kena ajar? Buat dosa sebab berzina aje sudah lah. Nak buat apa ditambah lagi dosa lu orang dengan membunuh bayi yang tak bersalah? Jangan nak tamak dosa sangat lah. Sedap tu memang lah sedap, tapi gunalah otak sikit. Kepuasan yang abadi, datang dari insan yang berkualiti. Renung-renungkan dan selamat menikmati kepuasan duniawi.

Thursday 12 January 2012

kau sentap ke seha?

eww eww.excuse me please?apa masalah you ni baby?ai ada buat apa apa salah?ai don't think so baby.you je ada masalah mental.you terlalu paranoid dengan orang sekeliling and you sangat sensitif dan cepat sentap.kan kan?youuu,cakap pakai air liur tanpa bukti,buang masa okayyy? lainlah kalau your saliva tu keluar kan permata berlian.berharga juga lah.you,apa ni apa ni? kalau you dengki dengan ai pun tak perlu sampai nak meluat,nak update status lahabau segala macam and jangan nak budget menghasut orang .okayy baby?you buat ai macam diva taww.very the class.

"cepat lah habis belajar.meluat tengok muka musuh"

eww eww.u're so sweet baby.benda yang you tahu,you ada musuh dengan seseorang.tapi benda yang you tak tahu,ada belambak orang bermusuh dengan you.get it baby?so jangan nak terlalu berdendam sangat ok.life is too short, appreciate every single moment okayy?jangan asik nak berjelly jelly dengan orang itu orang ini.no no no.tak sehat youu.and as a Muslim, you nak buat apa apa ingat tuhan okay?Maha Melihat,Maha Mengetahui. you fikir buruk buruk pasal orang, you sendiri yang derita.kan baby?dan fitnah fitnah yang you buat atau tanggapan buruk you tu, tak kan di selesaikan selagi you tak berhadapan dengan si polan yang terkena .okayy baby?

ergh,sampai satu masa.apabila orang tu dah lali dengan segala kata dusta dan di cela,orang tu akan terus berserah pada Tuhan dan mengharapkan kesempurnaan semula.trust me.i had been through all those stupid things sampai sekarang ni ai macam dah, "ah,fuck.lantak kau la nak cakap apa.benda tak betul,kejadah aku nak gelabah.jangan harap aku maafkan kau lah nanti" serious.ni yang orang tu akan rasa.so, kalau nak paranoid or keluar kan sesuatu statement, think logically dan jangan nak pra-matang sangat.chills baby.

Wednesday 11 January 2012

Aku, Dia dan Kakak Dia


Wey korg ! aku nk story sket nih..dlu aku ade awek..aku syg gile kat dye...aku xpnah curg ngn dye..satu hari tu dye mntak clash sbb dye syg laki len...tipu ar klo ckp aku wat muke kucing slamber berak dpan umah org je an bile dye mntak clash tu...tp nk wat cmne xkn aku nk pkse dah org xnak..
Aku pon let go ar dye...smbungan cter td..mse aku kapel ngn dye aku mmber gak ngn akak dye..satu tmpat blajo ngn aku..dlu aku xrpat ar ngn akak dye tu sbb dlm fb cm kerek tahap dewa pnye ar..smpai dlm ati aku ckp klo jmpe kat depan mate aku mmg akan aku anjing2 kan laa..haha...
Then tibe lah hari prbicaraan kes pnceraian aku ngn bekas awek aku tu..start hri tu akak dye mcm bkn yg aku knal dlu..nice beb wa ckp luu..hati laki mne yg tak goyah bile ade pmpuan amek brat diri ini..lg2 lpas kne talak..haha..from that moment la kiteorg rapat gile mcm dah lme knal..slalu gak dye msj aku tnye kabo sume...hehe..fmily dye pon sume dah knal aku..

Tapi der wa ckp lu ksabaran aku dicabar lg dgn org yg same...bekas awek aku..dye dpt tau yg aku rpat gile ngn akak dye...da mcm kapel agaknye tp xkapel pon..dye sruh akak dye xyah contact aku lg..xyah amek tau psal aku lg klo akak dye tu btol2 sygkan dye...akak dye juz text aku je gtau sume tuu..rse cm nk nyumpah pon ade gak...tp aku ni mmg suke sabo2 ni...
Aku pon trpkse la akur ngn kputusan akak dye tu spya aku xcontact dye lg...smpai skg aku dok pikir ape slah aku?? ape yg dye xpuas ati ngn aku? xckop ke aku da ceraikan dye sbb nk bg dye idop ngn laki len? demmmmit ! akhirnye aku tewas di medan perang ini...yg mmber2 umah aku ni pulak xabes2 nk nganjing aku...tayang awek msing2..kuar mkn ngn awek msing2..aku dok umah mkn megi sorg2...kompem la ati pnas der...tp aku ni kan suke sabo...so sabo jelee...smpai bile pon xtau ar...aku snyum pon sbb trpkse je slame ni...bkn ikhlas pon..haha..org xtau dlm ati aku ni...klo org tau pon kompem kne gelak pnye...baek aku diam...

Aku story kat sni sbb nk tau pe prasaan korg klo diperlakukan sedemikian rupe? Sekian..

Tuesday 10 January 2012

Tak payah nak jadi pemburu cinta sangat lah.

Gua baru lepas baca status sorang member perempuan gua kat facebook tu. Dari status dia tu, gua dapat rasakan yang dia memang tengah kecewa sangat. Katanya, dia dah bosan kenapa selalu dapat couple dengan lelaki yang penipu, kaki perempuan, mata duitan dan segala mak nenek kejahatan yang ada dalam dunia nie.

Gua sebenarnya hairan lah dengan perangai perempuan zaman sekarang nie. Kalau bercinta tu, over sangat apahal? Rilek lah, baru bercinta aje kan. Tak payah nak over sangat boleh tak? Lagi-lagi kalau baru lepas putus. Kat home facebook gua tu, memang penuh lah dengan status-status yang berbaur kekecewaan dan penyesalan yang tiada terhingga. Ok mungkin gua sebagai lelaki, memang takkan faham dengan perangai perempuan. Tapi tolonglah, apa lu orang semua nie tak pernah dengar ke pepatah kumbang bukan seekor? Maknanya, lelaki bukan seorang. Ramai lagi yang lain. Itupun gua nak kena terangkan ke? ceitt.

Ok dalam kes member gua tadi tu, yang kononnya dah bosan sebab selalu dapat boipren yang kurang bagus, gua ada satu ayat aje untuk orang macam gini. Berhenti bercouple buat seketika. Tak payah nak jadi pemburu cinta sangat lah. Asal putus aje cari lain asal putus aje cari lain. Bila dah kecewa, mula lah... "lelaki semua sama je! benci!.."

Gua memang anti betul dengan mereka yang guna ayat tu. Bukan semua lelaki sama perangainya. Masih ada lagi lelaki yang baik hati, setia, malah romantik gitu. Kena pandai cari lah kan. Gua nie kalau bab-bab nasihat nie memang failed. So, ucapan gua untuk lu orang, semoga satu hari nanti lu orang semua akan dapat pasangan yang baik serba-serbi. Kalau dah memang itu jodoh lu orang, maka itulah yang terbaik untuk lu orang semua.


Monday 9 January 2012

terlajak cinta apa nak kata.

"ku pikir pikir.ku pikir pikir.lebih baik aku menyingir. ku pikir pikir.ku pikir pikir lelah. dunia belum berakhir..."

no no no.bukan ai yang clash okayy.cuma rasa nak karok lagu ni hari ni sebab macam padan untuk seorang kawan ai ni.youuuu,before ni ai bukan tak pernah nasihat you okayy? banyak kali sampai ai dah lali.tapi you buat tak dengar.at the end bila you dah putus dengan dia sekarang baru you nak meroyan bagai.what point?sikit sikit you berkorban untuk dia.sikit sikit you nak lebih kan dia.sampai dengan parents pun you sanggup tipu,itu dah memang tak patut ok.

you,kalau sayang sangat pun dengan baby you tu (baby tu lelaki ok) tak perlu sampai nak korban A-Z okayy.nama pun boyfriend okayy.see,sekarang ni ai nak cakap padan muka pun ada. nak cakap kasihan pun ada.jadi kan iktibar okayy?and i hope you tak cari ai lagi untuk dengar masalah cintan cintun you.bukan apa,rasa meluat okayy kalau ai penat penat nasihat tapi you buat tak endah.hamekkaw.

bercinta cinta juga.tapi tak perlu nak over sampai melebihi boyfriend/girlfriend lebih dari segalanya ok?sebab belum tentu dia jodoh u'all.buat macam biasa je dah lah kan.tunggu dah sah baru lah nak berpelok,berkorban,segala bagai,it's up to you.okay baby?

Sunday 8 January 2012

Sembang boleh lah!

Tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei di atas kemenangan beliau dalam final Terbuka Korea pada petang tadi. Beliau berjaya menewaskan Lin Dan. Sori Lin Dan, kali nie lu kalah. Bila dah menang tu, biasalah, akan ramai lah yang akan memuji. "proud to be malaysian..", "tahniah dato lee chong wei..", " malaysia boleh..". Gua malas nak komen sangat pasal benda-benda macam tu, sebab dah lali dengan semua tu. Bila menang dipuji, bila kalah dimaki.

Tapi gua tak faham dengan  perangai sesetengah manusia yang sentiasa berfikiran negatif. Orang sibuk memuji dato' lee chong wei, diorang pulak masih lagi dengan pemikiran negatif. "alaa menang nasib je tu..", "lin dan saja bagi chance je tu..", "game takde fight langsung, nampak sangat lin dan saja bagi peluang.."

Kamon lah woii. Jangan nak berfikiran negatif sangat boleh tak? Penat orang tu main, lu sedap-sedap je cakap macam tu. Lu pergi main tengok boleh menang tak? Sembang boleh lah. kehkehkeh.