Sunday 15 January 2012

Cinta itu buta.

Kata orang, cinta itu buta. Gua percaya. Ok gua bagi contoh. Contoh yang pertama, buta dari segi umur. Ada seorang member gua nie, umur dia sebaya dengan gua. Tapi awek dia tua 3 tahun dari kami. Kiranya dia bercinta dengan orang yang lebih tua lah nie. Pada mulanya gua rasa macam kelakar pun ada. Macam mana lah awek dia tu boleh berminat dengan lelaki yang muda. Tapi lama-lama gua percaya, cinta itu buta. Umur hanya sekadar umur. Apa yang penting, hati. Apa-apa pun, gua doakan semoga member gua dengan awek dia tu berkekalan hingga ke akhir hayat.

Contoh yang kedua, buta dari segi jantina. Ya, jantina. Perlu ke gua bagi contoh tentang percintaan yang buta dari segi jantina nie? Aiseh lu orang nie, lu orang google aje lah. Search aje perkataan gay & lesbian, maka lu orang akan faham apa yang gua maksudkan dengan buta jantina nie. Gua harap gua dijauhkan dari percintaan yang macam gini. Tak sanggup gua nak biarkan kesucian gua diragut oleh kaum sejenis. Pedih rasanya. kahkahkah.

Gua ingat nak jadikan percintaan buta paras rupa sebagai contoh yang ketiga. Tapi, bila difikirkan balik, percintaan jenis gini masih belum mencapai tahap untuk dijadikan contoh. Gua taktaulah dari pandangan lu orang. Tapi dari pandangan gua, masih ada mereka di luar sana yang berfikiran kolot. Kononnya cantik sama cantik, buruk sama buruk. Yang si lelaki, kalau nak cari awek, nak cari yang cun dan hot. Body montok itu satu bonus. Si perempuan pula, nak lelaki yang hensem aje. Setakat yang tak hensem macam gua nie, ditolak ke tepi. Damn!


kucing : awak, kite nie kucing lah. mana boleh kapel dengan anjing macam awak.
anjingalaa awak nie, cinta itu buta lah awak..
kucing : tapi awak kaler hitam, tak sesuai dengan saya yang putih gebu nie.
anjing : walaupun saya tak hensem dan hitam, tapi saya kuat tau. hikhik
kucing : kuat yang macam mana tu awak?
anjing : ada lah.... hehehe



Gua tak reti nak ulas panjang-panjang tentang cinta paras rupa nie. Apa yang boleh gua cakap, kepada lu orang yang masih berfikiran di mana cantik pasangannya harus cantik dan buruk pasangannya harus buruk nie, tolonglah ubah gaya pemikiran lu orang. Muka cantik, tak semestinya hati pun cantik. Percayalah, paras rupa tak penting. Apa yang penting, kejujuran dan keikhlasan dalam sesuatu perhubungan. Lu orang nak cari yang cun, kacak, nanti bila dah tua, akan jadi kedut juga. Banyak dah contoh yang menunjukkan bahawa kecantikan itu bukanlah jaminan untuk kebahagiaan yang berpanjangan.

dan akhir kata untuk lu orang..


6 comments:

seha jakon said...

heuheu..biasa lettew..nama pun cinta youu.ai pun tak shukew org yg pandang paras rupanya.kau ingat kau hidup lam?nanti londeh sana sini juga
heuheu..npew ayat kucing dgn anjing tu mcm lucasss youu.heuheu..

nots said...

love is blind , yes macam ex gua , gua pun tak paham pesal lah dy minat awex yg lebih tua dari dy . cinta kann . kehkeh

tak comel takpe , boleh tutup lampu ? HAHA kennot go .

paras rupa bukan lah segala gala nya , yang penting hati . kalau dapat yg cun/hensem tuh untunglahh kan .

Seha : bila u nak hupdate ni baby ? i rindu lahh . HiHi :P

A retarded kitty said...

aku nak suami aku hensem pada mata aku

anna_nana said...

hah..lebih kurang aje ngn wa punya entry..lalalala~

Maria Ozawa said...

Bila bercinta, people akan selalu berjalan pakai tongkat or meraba-raba. See, punya lah ta hargai nikmat kan? :P
Yeah, bila hati berbicara, syaitan terus memuja, mata pown automatik terus buta. :)

RerameUngu said...

beauty is subjective. kata org dolu2, beauty is in the eye of the beholder:)

sangat setuju bila kata rupa paras tak menjaminkan kebahagiaan dalam percintaan/perhubungan.

yg penting kena ada sikap saling mempercayai dan matang dalam perhubungan..:)